semoga jodoh kita bertemu di syurga..

agak sedihkan title ini..
semoga jodoh kita bertemu disyurga..
bisakah kita untuk memilih jodoh yang kita nak di syurga nanti...??
siapakah pasangan kita bila di syurga nanti..?

kalau lelaki pasangannya adalah bidadari..
yang wanita..? saya tak tahu sangat tapi akan try to cari nanti..
saya tahu pun dr bff - yang kita bisa memilih jodoh disana ..
sedihnya .. kenapa ya..?

tapi sebenarnya dah terbaca yang suaminya adalah suami yang terakhir semasa didunia, jika suaminya masuk syurga...inilah antara yang dah ku baca..

Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
sumber
 
Makanya, 
seronoknya kalau blh memilih.. ahaks.. sengal lak nie..

semalam saya mimpi.. mimpi yang saya like..like..like..like..
mimpi yang saya rasakan amat indah skali jika itu terjadi..
sayangnya ia hanya mimpi.. dan tak mgkn jadi kenyataan.. tapi mungkin boleh juga jadi kenyataan, dgn izinNya..

hari ini dah hari ke 15 berpuasa.. dan seminggu pulak saya menjadi 'stone' dgn pragai manusia ..
tak baik, tapi apakan daya..
hati ini tak blh nk menipu tentang apa yang dirasa..
semoga Allah meneguhkan keimanan ku..

ameen ..


dah nak dekat pukul 4, tapi apa pun ta bleh dah nie..
house work langsung x jadi, nak ngemas, jahit semua x jln..
dah basuh baju tapi x sidai2..
brapa jam lagi waktu berbuka..
nak buka @ rmh mak, kena minta izin hb dulu..
laswik adala skit kes nak buka rmh mil, so gimana ya caranya ...
adeh...

Comments

Popular Posts